Pages

APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG BLOG INI

Sunday 18 March 2012

SEJARAH PENUBUHAN




Pejabat Pusat Cemerlang Olahraga TD - 1987 hingga 2011 [72 Worksyop Div]
Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat (PCOTD) telah ditubuhkan pada 01 Jan 1987  di mana waktu itu ianya dikenali sebagai Pusat Latihan Olahraga Tentera Darat (PLOTD).  Pusat ini bernaung di bawah Kor Armor Diraja dan ditumpangkan di pasukan 72 Woksyop Divisyen, Kem Salerno, Taiping, Perak sebagai pasukan penyelaras.  Pada peringkat awal, hanya terdapat 6 orang atlet yang ditumpangkan sepenuh masa di pusat ini untuk menjalani latihan olahraga di bawah bimbingan jurulatih PW 1 Mohd Noor bin Sudin.  
                                                                                                                                                                                                                  


Diawal penubuhan, pusat ini menghadapi beberapa kekurangan terutama dari segi peralatan latihan.  Walaubagaimana pun di atas kreativiti jurulatih PW 1 Mohd Noor, beliau telah mencipta beberapa alat bantuan latihan yang bersesuaian dengan keadaan semasa.  Biarpun serba kekurangan, semua atlet telah menunjukkan semangat juang dan komitmen yang tinggi sepanjang menjalani latihan hingga meningkatkan prestasi dalam acara masing-masing. Dengan kesungguhan yang ditunjukkan, beberapa atlet Tentera Darat (TD) telah terpilih untuk menjalani latihan di Komplek Sukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut bersama-sama dengan atlet TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).  Dari tahun ke tahun pusat latihan ini telah berjaya melahirkan beberapa atlet yang cemerlang di peringkat TD, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kebangsaan dan antarabangsa. 

Bermula pada tahun 1991, atlet Tentera Darat dari Pusat Latihan Olahraga ini telah berjaya mewakili negara dan mengharumkan serta menaikan nama ATM.  Kejayaan-kejayaan yang telah diraih ini telah membuka ruang untuk Majlis Sukan Negara (MSN) mengiktiraf pusat ini sebagai Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat [PCOTD] pada tahun 1996. Bermula dari sini, MSN telah menyalurkan bantuan berupa  peralatan latihan yang berjumlah RM 100,000 sebagai program Sukan Komanwel 1998 yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD) turut memperuntukan peralatan gimnasium serta lain-lain kemudahan. Selain itu,  Persatuan Olahraga Tentera Darat (POTD) juga turut membuat pembelian peralatan latihan bagi menampung peralatan yang sedia ada dan yang telah rosak. Dengan bantuan peralatan latihan yang diberikan ini telah menyuntik semangat para atlet untuk lebih giat menjalani latihan.

0 comments:

Post a Comment